Niat Dengan Cara Mesti Sekata

Niat Dengan Cara Mesti Sekata

Niat Dengan Cara Mesti Sekata

Dalam Islam, konsep amalan baik melibatkan lebih daripada gerakan ibadah dan amal soleh. Ia menekankan kepentingan memastikan bahawa tindakan kita memberikan manfaat kepada masyarakat yang lebih besar dan mengelakkan timbal balas dan kesan yang tidak diingini. Sebagai contoh yang mudah dan senang untuk difahami adalah memberi makan kepada merpati dan ayam liar, pada satu sudut mungkin ia kelihatan sebagai perbuatan yang baik tetapi memerlukan pertimbangan yang lebih teliti dari perspektif yang lebih luas.

Islam menganjurkan untuk setiap muslim berlaku ihsan kepada semua makhluk yang bernyawa, seperti memberi tempat berteduh, perubatan jika terluka,atau memberi makan kepada haiwan, namun dalam kesemua kebaikan tadi ada juga yang perlu kita nilai akibat negatif yang mungkin timbul kepada masyarakat sekeliling. Kita fokus kepada memberi makan secara tidak terkawal, ia boleh membawa kepada berleluasanya populasi burung dan ayam, malah ia akan membawa pelbagai isu yang memberi impak kepada kehidupan penduduk dan juga alam sekitar.

Allah berfirman dalam al-Quran (Surah Al-Baqarah, Ayat 205): “Dan apabila dia berpaling (dari engkau), dia berusaha untuk berbuat kerusakan di bumi, serta merusak tanam-tanaman dan ternak, sedang Allah tidak menyukai kerusakan.”

Ayat ini mengingatkan kita tentang kepentingan untuk tidak menyebabkan kerusakan di muka bumi, yang termasuk kesan tidak diingini yang mungkin timbul daripada tindakan yang kelihatan mulia pada suatu sudut.

Malah Nabi kita Muhammad S.A.W berpesan : “Jangan menyakiti orang lain, dan jangan membalas kerosakan dengan kerosakan.” (Ibn Majah)

Pesanan Baginda Rasul menekankan prinsip mengelakkan tindakan yang boleh membawa kepada kerosakan, walaupun kerosakan itu tidak secara langsung akan diketahui oleh mata kasar seperti kesan dari sisa makanan burung dan ayam boleh mengundang tikus atau mondok pula hingga populasi mereka meningkat dan dari situ ia mencoroboh perumahan berdekatan dan merosakkan pula peralatan rumah, tumbuhan dan penularan virus yang tidak di ingini.

Walaupun memberi makan burung merpati dan ayam mungkin merupakan satu tindakan yang murni, Islam mendorong umatnya untuk bertimbang rasa dan menilai kesan jangka panjang sesuatu tindakan. Amanah dalam pertimbangan yang adil untuk memberikan sumbangan secara positif kepada masyarakat yang lebih besar, sejajar dengan ajaran Islam yang menitik beratkan keharmonian semua.

Kesimpulannya, perspektif Islam terhadap amalan baik menekankan kebergantungan tindakan dan kesan mereka terhadap masyarakat. Apabila terlibat dalam usaha kebaikan, adalah penting untuk mempertimbangkan implikasi yang lebih besar dan berusaha untuk memastikan tindakan kita memberikan manfaat berterusan tanpa sengaja menyebabkan kerosakan kepada orang lain.

Masjid Ahmad Ibrahim