Melancong boleh dikira ibadat jika…​

Melancong boleh dikira ibadat jika…​

Melancong boleh dikira ibadat jika...

TEMURAMAH BERSAMA REPORTER BH

BH. Musim cuti sekolah bakal bermula. Bagaimana Islam melihat kegiatan melancong?

Apabila kita melangkah keluar dari tempat tinggal atau tanah air, maka terbukalah semua pintu keajaiban dunia, sama ada dari sudut fizikal mahupun dari sudut keilmuan. Inilah penghijrahan pengetahuan yang dituntut, mengubah individu dari jumud kepada lebih menyedari dan peka terhadap apa yang berlaku diluar dunia menerusi mata kepala sendiri bukan hanya dari skrin komputer atau telephone bimbit peribadi.

Kegiatan melancong biasanya terkait dengan hiburan dan kegembiraan, maka kita ambil kesempatan ini utk menjadikan ia diredai Allah, seperti mengambil peluang mengeratkan hubungan bersama sanak saudara, anak dan isteri atau suami.

Membantu fakir miskin atau anak yatim dinegeri/negara yg kita kunjungi, mempelajari adat dan budaya tempat tersebut, bertepatan dengan firman Allah :

“13. Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-Hujuraat: 13)

Maka peluang yang Allah berikan kepada yang berkemampuan dari sudut masa dan harta untuk melihat keindahan ciptaanya perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Pepatah melayu ada menyatakan “jauh perjalanan, luas pemandangan” dimana ianya berpaksikan kepada firman Allah :

Surah AlHaj ayat 46. [9]Maka tidak pernahkah mereka berjalan[10] di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami[11], telinga mereka dapat mendengar[12]? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada[13].

BH. Ada tak adab-adab melancong/bermusafir dalam Islam? Jelaskan

Antara adab untuk bermusafir antaranya ialah :

a. Mulakan dengan bismillah.

b.Meluruskan niat agar musafir ini tidak berunsur maksiat dan pembaziran.

c. Tetap dalam menjaga solat dan menikmati keringanan dalam solat sebagai seorang musafir.

d. Sunnah juga bermusafir di waktu malam “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

BH. Apakah bentuk pelancongan yang digalakkan dalam Islam?

Jika kita berniat hendak melancong dan menimba ilmu dan membuka minda, maka amat sesuailah menziarahi lokasi sejarah, jika untuk bergembira dan berehat sangat digalakkan ke kawasan-kawasan yang belum dikacau oleh pembangunan seperti di pergunungan, hutan simpanan atau pulau2x yang indah.

semuanya ini adalah bagi kita melihat akan kebesaran Allah dari sudut kekuasan dan kehebatan ciptaan Allah.

aali `Imran, surah ke-3, ayat ke-191; ALLAH Ta`ala berfirman:

“(Ulul Albab ialah) orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAH semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi. (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini (kejadian langit dan bumi serta semua kejadian) dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka.”

Jika tujuan kita untuk beribadat maka tidak ada tempat yang lebih baik dari tiga tempat ini :

“Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid untuk beribadah kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)” (Bukhari)

dan jika kiranya menziarahi kawasan dimana Allah telah menurunkan azab kepada sesuatu kaum yang terdahulu dan kaum itu diceritakan nasib mereka di dalam alquran, maka haruslah merasa insaf dan takut pada Allah :

“Abdullah bin Umar r.a. menceritakan: kami melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan Allah) bersama Rasulullah SAW. Baginda lantas bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan Allah) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu,” – Sahih Bukhari dan Muslim.

Tidak cukup dengan arahan itu, dalam hadis lain Rasulullah SAW mengarahkan para sahabat membuang atau memberi makan kepada unta semua gandum yang diuli menggunakan air dari perigi kaum Thamud. Jika para sahabat mahu mengambil air, mereka hanya dibenarkan mengambilnya dari perigi tempat bekas unta Nabi Saleh a.s. minum,” – Sahih Bukhari dan Muslim.

Mengapa perlu menangis ketika melalui tempat sebegini? tidak lain adalah untuk menanam dalam jiwa akan kebesaran dan kekuatan azab allah bagi yang mengingkari bukan untuk merasa kagum atau tidak merasa apa-apa di dalam jiwa (Rumusan – Liqaat Bab al-Maftuh, volume 224, no. 14)     

Masjid Ahmad Ibrahim